Bentuk-bentuk Dalam Matematik
BENTUK-BENTUK DI DALAM MATEMATIK
Aktiviti Minggu Matematik
AKTIVITI MINGGU MATEMATIK
This is default featured slide 3 title
Aktiviti Di Dalam Kelas
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Thursday, October 25, 2012
Buried Shapes
Pakar Matematik bertaraf dunia
Betul ke dia ni Pakar Matematik? Kalau betul, memang hebat la ...sekurang-kurangnya negara kita juga mampu melahir cendikiawan seperti Mohd. Suhaimi Ramly... baca lanjut berita ni ...
UMURNYA baru 29 tahun tetapi pencapaian dalam bidang matematik sangat mengagumkan. Dengan penampilannya yang besederhana, pasti ramai yang tidak menyangka Mohd. Suhaimi Ramly ialah seorang pakar matematik bertaraf dunia.
Bermula sebagai wakil negara dalam Pertandingan Matematik Olimpiad Antarabangsa (IMO) di Romania ketika berusia 16 tahun, Suhaimi kini bergelar pakar matematik bertaraf dunia.
Walaupun penyertaan kali pertamanya pada tahun 1999 itu tidak membuahkan hasil, ia tetap dianggap pengalaman bernilai yang memacu minatnya untuk berusaha lebih gigih.
“Sebelum ke IMO, saya menyertai Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) dan pernah meraih anugerah juara pada 1998 dan 2000.
“Ia keputusan yang tidak dijangka kerana saya memasuki OMK tanpa sebarang latihan. Selepas itu, barulah saya ditawarkan untuk berlatih bersama Prof. Abu Osman dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mewakili negara,” ujar bekas penuntut Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jasin, Melaka ini.
Pingat pertama negara
Kerja kerasnya berbaloi apabila terpilih sekali lagi untuk mewakili negara dalam pertandingan sama pada tahun berikutnya. Kali ini, dewan besar di Korea Selatan menjadi medan perjuangan Suhaimi.
“Alhamdulillah, saya berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk negara. Ia adalah pingat pertama untuk Malaysia sejak menyertai pertandingan berprestij tersebut sejak tahun 1995,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini di pejabatnya di Setapak, Kuala Lumpur.
Tahun berikutnya, dia sekali lagi dipilih mewakili negara ke pertandingan sama. Kali ini, Suhaimi dan enam orang rakan terbang ke Amerika Syarikat (AS) untuk menduduki peperiksaan IMO. Dengan mendapat satu jawapan betul, dia layak menerima Sijil Sanjungan Terhormat.
“IMO adalah satu pertandingan matematik bertaraf dunia untuk pelajar sekolah menengah. Lebih 100 negara mengambil bahagian dengan setiap negara menghantar enam orang wakil.
“Pertandingan ini tiada kategori. Lebih 500 pelajar pintar matematik dari seluruh dunia akan duduk dalam satu dewan besar untuk menjawab peperiksaan. Had umur yang ditetapkan ialah bawah 20 tahun dan belum memasuki universiti.
“Semua peserta tidak kira yang berusia 13 tahun hingga 20 tahun akan duduk dalam satu dewan dan menjawab soalan yang sama.
“Ia berlangsung selama dua hari. Untuk hari pertama, peserta akan diberikan tiga soalan dan perlu menyelesaikannya dalam tempoh empat jam setengah. Rutin yang sama juga ditempuh untuk hari kedua.
“Mungkin ramai yang pelik, kenapa hanya tiga soalan dan mengapa ia perlu mengambil masa hingga empat jam setengah.
“Berdasarkan pengalaman terdahulu, masa yang diberikan itu tidak cukup kerana soalan-soalan yang diberikan amat sukar.
“Soalan itu sebenarnya direka oleh pakar-pakar matematik dan profesor dalam bidang ini dari seluruh dunia,” ujar graduan matematik dari Massachusetts Institute Of Technology (MIT) ini.
Berita Lanjut

Wednesday, October 24, 2012
Thursday, October 18, 2012
Bahan Bantu Mengajar
Hari ini saya ingin kongsikan bahan bantu mengajar untuk tajuk "Ruang". Kawan-kawan boleh download bentuk tersebut.
Monday, October 15, 2012
Operasi darab dengan menggunakan jari anda
10/15/2012 08:03:00 PM
No comments
Cuba anda aplikasikan teknik ini..boleh tak ?
Aktiviti Dalam Kelas
10/15/2012 08:01:00 PM
No comments
Berikut antara gambar-gambar semasa Minggu Matematik yang dijalankan di sekolah saya. Gambar ini adalah antara aktiviti yang dilakukan di dalam kelas sempena minggu tersebut.
Sunday, October 14, 2012
Aktiviti Minggu Matematik
Sempena Minggu Matematik, Panitia Matematik telah mengadakan aktiviti membina bentuk-bentuk mengikut kreativiti masing-masing. Setiap kumpulan mempunyai beberapa orang ahli yang terdiri daripada murid-murid Tahap 2 ( Murid Tahun 4,Tahun 5 dan Tahun 6) . Setiap kumpulan dibenarkan membina bentuk-bentuk mengikut kreativiti masing-masing samada menggunakan kotak, kayu atau apa sahaja benda atau alat. Berikut gambar-gambar di sepanjang aktiviti tersebut berlangsung..
Friday, October 12, 2012
Shapes & Space -3D
10/12/2012 03:53:00 PM
No comments
Dalam video ini cikgu menggunakan "interaktive whiteboard" untuk P&P, kebanyakan sekolah atau institusi pengajian tinggi di negara maju menggunakan menggunakan teknologi ini..
Menariknya video penerangan tentang :shapes and space ni, jom layan....Ruang
Kajian tentang ruang berasal dari geometri - khususnya, geometri Euclid. Trigonometri
adalah cabang matematik yang menerangkan hubungan antara sisi-sisi dan
sudut-sudut pada segitiga dan juga fungsi-fungsi trigonometri; yang
menggabungkan ruang dan nombor, dan termasuk teorem Pythagoras yang terkenal itu. Kajian moden tentang ruang mengitlak idea-idea ini dengan memasukkan geometri berdimensi tinggi, geometri bukan Euclid (yang juga memainkan peranan penting dalam kerelatifan am) dan topologi. Kedua-dua kuantiti dan ruang, memainkan peranan penting dalam geometri analisis, geometri kebezaan, dan geometri Algebra. Di dalam geometri kebezaan terdapat konsep-konsep berkas gentian dan kalkulus pada manifold khususnya kalkulus vektor dan kalkulus tensor. Geometri algebra mengandungi penerangan tentang objek geometri sebagai satu set penyelesaian kepada persamaan polinomial, yang menggabungkan konsep-konsep kuantiti dan ruang, dan juga kajian kumpulan topologi yang merangkumi struktur dan ruang. Kumpulan Lie
digunakan untuk mengkaji ruang, struktur, dan perubahan. Topologi dalam
semua ramifikasinya yang banyak, mungkin merupakan satu bidang yang
berkembang paling pesat dalam matematik kurun ke-20, termasuklah konjektur Poincaré yang lama dan teorem empat warna yang kontrovesi, yang cuma dibuktikan dengan komputer dan tidak pernah disahkan oleh manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)